Jumaat, 21 Ogos 2009

wahai melayu...

“Berpegang teguhlah kamu kepada agama Allah secara kuat dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu, ketika dahulu kamu bermusuhan, lalu Allah persatukan hati kamu, sehingga kamu menjadi bersaudara kerana nikmat-Nya dan kamu waktu itu berada dipinggir jurang neraka lalu Dia selamatkan kamu dari jurang itu. Demikianlah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan kamu terpimpin kejalan yang benar.” – maksud ayat 103, Surah Ali-Imran.
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.
Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.
Bersatu teguh, bercerai roboh.
There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake – Anonymous.
artikel ini dipetik dari :darahtuah

500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Melaka
1. Adakah saya pro- Melayu? YA. Adakah saya bimbang terhadap serangan dan kehilangan kuasa serta hak bangsa Melayu? YA. Adakah saya mahu mempertahankan hak dan kuasa bangsa Melayu? YA. Adakah saya anti-bukan Melayu? TIDAK! Adakah saya mahu menyerang dan merampas pula kuasa dan hak bukan Melayu? TIDAK.
2. Rencana ini ditulis dalam konteks semangat seperti para di atas.
3. Kita ingat 1511? Tentu ada yang ingat dan ada pula yang tak tahu. Ia adalah tarikh kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis akibat perpecahan dan hasad dengki orang Melayu sendiri serta sumbangan peranan jahat Si Kitol dan Mandaliar.
4. Siapa belajar darinya? Tidak siapa belajar. Dalilnya? Melayu terus berpecah dan hasad dengki terus berleluasa hingga ke hari ini! Maksud ayat 103, Surah Ali-Imran dan peribahasa yang tajam di atas tidak dihiraukan. It seems neither the Malays want to learn from past lessons; they are happy to make the same mistakes!
5. Siapa pula si Kitol dan Mandaliar di zaman digital ini? Anwar, Nik Aziz, Karpal, Kit Siang?
6. Nampaknya Melayu lebih berminat untuk mengikut perangai Arab yang suka bergaduh sesama sendiri daripada bersatu. Tidak pula mahu mencontohi perangai Yahudi yang kental perpaduannya. Lantas, 5 juta penduduk Israel yang terkepong boleh mengalahkan 100 juta Arab yang mengepong mereka. Bermakna, dengan sokongan 8 juta lagi Yahudi di merata dunia, seorang penduduk Israel boleh mengalahkan 20 orang Arab – 1:20!
7. Tahu 2011 akan menjelang? Tahu tetapi tidak kisah. Sekiranya tidak kisah maka bolehlah Melayu terus bertemasyah dengan agenda berpecah belah. Jika demikianlah sikap orang Melayu umumnya maka bangsa ini akan musnah dan tumpas pada tahun 2011, kalau PRU ke-13 diadakan pada tahun tersebut.
8. Kali ini, jika tumpas, bangsa Melayu tidak akan boleh bangkit lagi. Ia akan kehilangan kuasa, terus lenyap dan terkubur UMPAMA PERAWAN YANG KEHILANGAN DARA, IA TAK AKAN KEMBALI LAGI!

9. Serangan pertama yang berlaku pada tahun 1969 diuja semula pada tahun 2008 dan akhirnya mereka akan berjaya pada tahun 2011! Sejarah hitam bangsa Melayu berulang genap selepas 500 tahun Empayar Kesultanan Melayu Melaka tumbang.

RJP kaum Cina
10. Pada masa yang sama, lengkaplah sejarah kaum Cina yang bermula pada tahun 1957 untuk berkuasa di Tanah Melayu! Justeru itu, seperti bangsa-bangsa lain, bangsa Melayu perlulah mengenali dirinya dan musuhnya, jika ingin terus survive dan menang sebagaimana yang ditegaskan oleh Sun Tzu “If you know the enemy and know yourself you need not fear the results of a hundred battles”.
11. Apa yang perlu diketahui? Pertama mengakui kelemahan bangsa sendiri yang gagal bersatu padu. Kedua, menginsafi bahawa, dari awal lagi, dikatakan kaum Cina di negara ini telahpun merangka Outline Prospective Plan (OPP) atau Rancangan Jangka Panjang (RJP) mereka yang mengandungi strategi tiga serangkai:
* mendapatkan hak kerakyatan,
* menguasai ekonomi, dan
* menguasai politik (kuasa memerintah).
12. Nampaknya strategi tersebut berpaksikan saranan Sun Tzu:
“In the practical art of war, the best thing of all is to take the enemy’s country whole and intact; to shatter and destroy it is not so good”.
13. Punca utama segala masalah sekarang ialah pemberiaan kewarganegaraan (jus soli) tanpa syarat itu. Mungkin pada masa tersebut, pemimpin Melayu menganggap nilai kewargenagaraan sama seperti Rusia melihat Alaska – tidak berguna.
14. Pada tahun 1887 Russia telah menjualkan Alaska kepada USA pada harga yang murah; hanyalah US$7 juta. Rupa-rupanya Alaska mempunyai simpanan minyak dan gas yang bernilai berbilion dolar! La ni Russia hanya boleh mengggit jari!
15. Begitulah juga jadinya dengan kerakyatan yang diberikan kepada kumpulan imigran. Pada tahun 1957, ianya suatu yang nampak innocent dan dihargai, sepertimana yang diakui oleh Tun Tan Siew Sin serta Tun Sambanthan. Sekarang ia sudah menjadi lebih teruk dari melepaskan anjing tersepit! Jelas bahawa kerugian bangsa Melayu jauh lebih besar daripada kerugian orang Russia!
16. Kejayaan dua strategi pertama itu tidak siapa boleh menafikannya. Strategi ketiga juga telah berjaya sejak merdeka lagi tetapi ianya secara subtle. Banyak kawasan majoriti Melayu seperti Selayang dan Ampang telah mereka tawan secara halus iaitu atas nama pembangunan, harga rumah yang mahal dan kuota perumahan 30 (Melayu):70 (bukan Melayu). Pada tahun 2011 nanti ia akan menjadi satu realiti / malapetaka yang mengerikan bangsa Melayu.
Melayu, Arab dan unta
17. Bangsa Melayu akan menjadi Arab yang ditendang keluar dari khemah oleh untanya. Bangsa ini akan senasib dengan bangsa Melayu yang merempat di Temasik (Singapura). Bangsa ini akan mengulangi azab yang ditanggung oleh ibu bapa mereka semasa Bintang 3 berkuasa selama 14 hari pada tahun 1945 – disiksa, dibunuh, dibakar dan dirogol. Bangsa ini akan senasib dengan orang Islam Uighur di Xinjiang yang dikejami oleh kaum Cina Han. Na’uzubillah.
18. Jika benarlah berlaku malapetaka itu maka siapa hendak disalahkan? Kaum Cina? Sudah tentu mereka TIDAK bersalah. Yang bersalah ialah BANGSA MELAYU sendiri dan semua pemimpinnya. Sudah terlambat untuk saya pantunkan ‘Jangan salahkan ibu mengandung’.
Ambil galah jolok kedondong,Galah patah menimpa dahan,Jangan salahkan ibu mengandung,Sudah nasib sialnya badan.
19. Bangsa Melayu hanya setakat pandai seperti burung kakak tua – mendendangkan lagu “bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat” tetapi tidak menghayati maksudnya.
Piagam Madinah
20. Yang bijak pandai tentang agama Islam dan memahami pula Piagam Madinah juga tidak menghayatinya.
21. Keadaan masyarakat Madinah ketika itu hampir sama dengan keadaan masyarakat di Malaysia masa kini.
22. Penduduk Madinah terdiri dari sebuah masyarakat majmuk yang sentiasa berperang / bergaduh: antara Aus (UMNO) dengan Kharaj (PAS), antara Arab (Melayu) dengan Yahudi (Cina) dan antara Yahudi dengan Yahudi. Bezanya kaum Cina dengan Cina di negara ini tidak bergaduh walaupun berbeza fahaman politik.
23. Nabi Muhammad saw sedar bahawa orang Yahudi (Cina / DAP) sentiasa mencari peluang untuk menghina dan menyerang orang Islam (Melayu) dan orang Musyirikin Mekah (Singapura) pula sering berusaha untuk memusnahkan orang Islam (Malaysia).
24. Perlembagaan Madinah berjaya menyatu-padukan kaum-kaum yang menjadi musuh tradisi itu sehinggalah bani Aus bersatu dengan bani Kharaj dan menjadi kaum Ansar. Kaum Ansar (Melayu) pula dengan murah hati membantu golongan Muhajirin (orang Islam dari Mekkah).
25. Bilakah UMNO dan PAS hendak bersatu seperti Aus dan Kharaj? UMNO boleh sebumbung dengan MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti lain yang bukan Islam. Mengapa ia tidak boleh bekerjasama dengan PAS?
26. PAS pula boleh sebantal dengan parti bukan Islam – PKR dan DAP. Mengapa ia tidak boleh sefahaman dengan UMNO yang jelas memperjuangkan Islam seperti terpahat di bawah Fasal 3 Perlembagaannya?
27. Kedua-dua UMNO dan PAS hendaklah ingat bahawa Perlembagaan Madinah (Islam ) (a) mengutamakan kerjasama dan perpaduan di kalangan umat Islam serta (b) menyuruh umat Islam mempertahankan saudara Islam dari serangan bukan Islam sekalipun ia menuntut masyarakat majmuk Madinah bersatu.
28. Fasal 12 jelas MENYURUH orang Islam membantu saudara Islamnya yang berada dalam kesulitan.
29. Fasal 13 pula MELARANG orang Islam bermusuhan sesama sendiri serta menyeru supaya mempertahankan saudara Islam lain yang diserang atau dizalimi.
30. Fasal 14 bukan sahaja MELARANG orang Islam (a) membunuh saudara Islam bagi kepentingan orang kafir bahkan (b) MELARANG membantu orang kafir menganiaya orang mukmin.Silat dan perpaduan Melayu
31. Tentulah jelas apa yang dipahatkan dalam Perlembagaan Madinah itu tetapi mengapa pemimpin UMNO dan PAS seperti orang Melayu bersilat apabila bercakap pasal perpaduan? Ahh sini, ahh sana; ciss sini, ciss sana; naahh sani, naahh sana tetapi langkah semakin jauh; bukannya semakin rapat. Akhirnya dua-dua lari. Betul tak?
32. Bulan lepas kita dengar kenyatan Dato’ Nik Aziz semacam hendak rujuk semula; ingin bekerjasama dengan Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat. Dalam episod yang lalu, beliaulah yang paling nyaring menentangnya.
33. Agaknya, beliau sudah terjumpa peruntukan dalam Perlembagaan Madinah, seperti di atas, yang menyeru kepada perpaduan. Malangnya, Belum sempat kita hendak bergembira, dia sudah buat kerenah lagi.
34. Dianjurkan para pemimpin Melayu dari semua parti politik belajarlah dari Britain dan Perancis. Kedua-dua negara ini merupakan musuh tradisi; sentiasa berperang – Perang 100 Tahun, Perang 7 Tahun dan Perang 7 Hari. Berjuta yang mati dan berbilion pound/franc harta yang musnah. Tetapi kedua negara tersebut akhirnya boleh bekerjasama. Kerjasama mereka itulah yang telah melahirkan supersonic Concorde!
35. Masa bagi orang Melayu bersatu sudah terlalu genting. Lebih-lebih lagi (a) parti-parti berasaskan kaum Cina telah bersatu atas isu yang menguntungkan kaum mereka, (b) pemimpin MCA telah bersuara agak sumbang apabila dia menegaskan bahawa parti-parti dalam BN hendaklah bebas dan berotonomi serta boleh membuat desakan dan (c) secara halus kaum Cina telah dihasut supaya bersatu menumbangkan kerajaan BN (maksudnya menumbangkan UMNO), jika sijil gabungan sekolah-sekolah cina (setaraf dengan SPM) tidak diiktiraf:
“Ibarat air boleh timbulkan kapal, air juga boleh tenggelamkan kapal, kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, ahli-ahli politik terpaksa melihat suara rakyat, rakyat diibarat seperti air, air boleh timbulkan kapal dan juga boleh tenggelamkan kapal, jika disukai rakyat maka berjayalah mereka, jika tidak disukai rakyat maka hilang lah mereka.”
DSAI dan hulu kapak
36. Besar kemungkinan BN/UMNO akan kalah kerana (a) kaum Cina sudah committed untuk menjayakan strategi ke-3 mereka, (b) mereka sudah ada pelantar politik pilihan (alternative political platform) terbaik – Pakatan Pembangkan (PP) dan DSAI – untuk merealisasikan visi mereka itu (c) PP dan DSAI bersedia memberikan tawaran yang jauh lebih baik daripada apa yang mereka sudah dapat daripada UMNO dan apa yang boleh ditawarkan lagi oleh UMNO.
37. Mereka sudah dapat betis dan peha orang Melayu dari UMNO. Kini nampaknya DSAI sanggup pula menawarkan ‘celah peha’ orang Melayu!
38. DSAI nampaknya sanggup membuat tawaran sedemikian kerana dia dilihat sebagai political animal yang obsess untuk berkuasa at any cost, seperti yang dipahatkan oleh John Milton:
To reign is worth ambition tho’ in Hell:Better to reign in Hell, then serve in Heav’n.
39. Jika beliau berjaya berkuasa dan bangsa Melayu pula yang ranap, musnah dan tumpas maka benarlah peribahasa orang tua-tua bahawa DSAI lah yang menjadi hulu kapak (kayu / Melayu) yang meranapkan Melayu kerana ‘kapak tak boleh menumbangkan pohon kayu / membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya’!
40. Dalam keadaan yang terhimpit dan cemas itu, adakah bangsa Melayu masih mampu bingkas bangun menyerang dan menang, seperti yang diperkatakan oleh Sun Tzu:
“Confront them with annihilation, and they will then survive; plunge them into a deadly situation, and they will then live. When people fall into danger, they are then able to strive for victory”?
41. Betulkah Melayu akan bertindak sedemikian?
Pilihan?
42. Walau apapun, menurut Gen.Sudirman, anak kunci kejayaan / kemenangan ialah perpaduan:
“Taka kan ada kemenangan jika tak ada kekuatan. Tak akan ada kekuatan tanpa perpaduan. Tak akan ujud perpaduan jika tak ada semangat silaturrahim sesama saudara.”
43. Justeru apakah pilihan yang ada pada orang Melayu selain daripada bersatu? Setelah kukuh berpadu, barulah agenda baru untuk memperkasa kekuatan ekonomi dan politik Melayu dapat disusun semula tanpa mengambil hak kaum lain:
Jangan hampir di seberang,Hampir saja dekat kotaJangan ambil hak orangAmbil saja yang hak kita.
44. Apakah pilihan yang ada pula pada orang Malaysia jika mahu hidup aman, selamat dan makmur selain daripada mengikut jejak langkah orang Islam dan Yahudi di Madinah serta orang Inggeris dan Perancis yang hidup bekerjasama dan bermuafakat?
45. Lantaran itu, marilah kita sama-sama bergading bahu merealisasikan the elusive dream agar menjadi realiti melalui konsep 1MALAYSIA.

Ahad, 19 Julai 2009

-

Senangnya si tertuduh liwat ni bercakap.Suruh orang bertanggunjawab.Anda tu dulu yang kena bertanggungjawab.Kes anda di mahkamah tu bila anda nak bertanggungjawab?????asyik mintak tangguh je..Kami dah tak sabar nak tengok anda ke penjara balik.Kami lebih aman tanpa anda,Dato' Seri Anwar Ibrahim...

dan kepada penyokong2 beliau,mari kita berfikir sejenak..apa faedah yg SPRM dapat kalau bunuh Teoh Beng Hock,sedangkan si mati ni adalah saksi utama dalam kes rasuah,segala bukti2 dan maklumat ada padanya.Jadi,jika dia dibunuh,anda fikir2kan lah sendiri siapa yg bunuh beliau?

Anda semua(penyokong Anuwar) jangan jadi bodoh,percaya je semua yg si Anuwar tu cakap.Tuhan bagi otak untuk kita fikir,fikirlah!!!!

MENGAPA SAYA KELUAR PKR? - ADUN BEHRANG

INI CERITA LAMA.SAJA JE AKU POST BALIK.NAK BAGI ORANG INGAT BALIK DAN NAK BERITAHU KAT SIAPA2 YANG TAK TAHU BIAR TAHU.JANGAN JADI BODOH,PERCAYA JE APA YG PUAK2 pAKATAN rOSAK TU CAKAP..



Ikutilah jawapan YB Jamaluddin Mohd Radzi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang kepada wartawan AgendaDaily.com, Kuala Lumpur, Mei 2009.

Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional.

Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu (Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP (Jelapang), kerajaan Negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan Pakatan Rakyat berkuasa.

Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.

Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.

SIKAP BEKAS MENTERI BESAR PERAK DATUK SERI NIZAR JAMALUDDIN MENGADAI KEPENTINGAN MELAYU.

Langkah keluar PKR ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koo Ham, (Pengerusi DAP Perak, ADUN Sitiawan, Exco Kanan Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming (ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping) yang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.

Penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry.

”Saya sebut kita angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kebangsaan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedes, itu kerajaan BN, ini kerajaan Pakatan. Kita tunjuk sayang kepada kereta nasional.

Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedes, itu kerajaan BN, ini kerajaan Pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM 920,000.00 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio.

Tapi kita tak dapat pengecualian cukai, harganya menjangkau RM 2.5 juta. Kalau Perdana baru RM 1.76 juta jadi kita boleh jimat RM 740,000.00.

Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton?. Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukan dan kekal untuk gunakan Perdana.

Tapi bila masuk mesyuarat exco, sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusannya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau (Nizar) setuju dengan saya.

Nizar dan Ngeh...dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu”.

Isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah.

”Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan Pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripa rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.

Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.

Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju.

Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu.

Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.


Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan (tukar syarat tanah) saya bantah...hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan banglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah.

Semua cadangan itu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera. Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikaikan oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumiputera, walaupun cadangan dibuat ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga, C lulus sembilan.

Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri..Cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar..tapi dia tak peduli pun. Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.

Isu tanah 999 tahun.

Jamaluddin berkata : ”Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. Saya bantah kerana perkara itu tidak ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangan kan 999... 99 tahun pun kita akan dikritik hebat.. tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.

Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka. Tapi pakatan baru 11 bulan.

Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau.

Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkitkan soal tanah.... balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh.

Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat.

Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangkan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja. Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina.

Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM 30,000.00 setahun kenapa nak beri tanah pula.

Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja.

Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga.

Nizar patung sahaja. Segala-segalanya dikawal oleh Ngeh dan Nga.

Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat.

Habis wang ringgit sendiri untuk parti... hari ini dapat RM 14,000.00 sebulan besar sangat ke”, ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak”.

Konspirasi Dalaman.

”Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman.

Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalh kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR.

Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco.

Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja.

Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.

Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman?.

Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa saya kata begitu. Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada (Speaker Dewan Undangan Negeri) V. Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu ambil tindakan inisiatif hubungi Sivakumar sebagai speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cari jalan penyelesaian, kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa. Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR, Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan.
Ini cara mereka... buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan dan orang ’kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil.

Malah pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon.

Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penfian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan.

Surat itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar.

Bagi saya Anwar jelas hedakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.

Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-13.

Nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Fairus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaam Anwar, Dr. Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti.

Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.

Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN.

Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Fairus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri.

Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina (Ipoh).

Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. Saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM 5,000.00. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti.

Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu.

Memang jadi amalam saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak ambil apa-apa tindakan ketika itu.

Esoknya barulah saya dihubungi, diminta datang untuk beri keterangan.

Bila lihat apa yang berlaku kepada Fairus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ’kesayangan’ Anwar mengambil alih.

Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai.

Malah saya pernah tegur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina.

Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawap apa-apa pun.

Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.

Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB.

Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak.

Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB.

Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu.

Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir.

Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Ngah jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP.

Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saha ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP.

Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. Kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja. Apabila dah berkuasa.... 2 x 5... mereka sebat juga.

”Nizar beri nasihat kepada saya kalau dapat duit yang ada kaitan dengan balak jangan simpan dalam akauan, nanti susah, simpan tempat lain, kena cermat dan hati-hati”.

Isu Agama

”Atas isu agama. Kebebasan yang terlalu sangat diberikan. Dalam mesyuarat Exco mereka rancang hendak mengadakan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan.

Kita hormat agama lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan.

Tapi untuk mewujudkan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan, saya kira ini dah keterlaluan.

Mana pernah berlaku sebelun ini. Bagi saya ini melambangkan tiadanya penghromatan kepada Islam sebagai agama rasmi di negera ini.

Nizar bukan pejuang Islam, bohong, dia hanya nak jaga kepentingan diri sahaja”.

”Pada peringkat awal kita percayalah tentang keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan, tentang salah guna kuasa. Ini yang kita nak bawa. Ini perjuangan kita bersama selama ini.

Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah.”

Salah guna kuasa.

Tapi apa yang menariknya, dia ada nasihat saya, kalau dapat duit jangan simpan dalam akaun nanti susah. Kena sorok kena cermat.

Dia ajar saya buat kerja jahat. Kalau boleh ajar saya buat jahat.... kamu buat tak benda itu?. Serupa aje mereka ini. Usah ceritalah, pembohong aje mereka ini. Kata kita akan dipersoalkan di akhirat?.

Kalau dulu kita kata UMNO ini penyamun, mereka lagi teruk. Penyamun, perogol dan pembunuh sekali.

Apa yang saya lihat dalam masa saya benyak menyuarakan pandangan dan menegur kepimpinan Nizar sebagai MB, Nizar pada masa yang sama main politik dengan jaga kepentingan pimpinan negeri PKR.

Dia bagi balak kepada mereka.

Kalau PKR Bahagian Tanjung Malim yang saya ketuai mohon tidak diluluskan tapi kalau dipohon oleh pimpinan PKR negeri dia luluskan.

Sebab itu kawasan balak diluluskan kepada pimpinan PKR negeri ketika itu Zulkefli Ibrahim yang juga Ketua PKR Tambun dan Ketua Wanita, Suzana, Ketua PKR Bukit Gantang, Ismail dan bekas ADUN Bota Usaili. Tiga empat orang inilah yang dapat. Pimpinan PKR lain tidak diberikan. Mereka ini adalah kumpulan ABIM dalam PKR.

Selepas jadi ADUN Bebas?.

Saya di Behrang, Alhamdulillah masyarakat masih boleh terima saya. Masyarakat Cina dan majoriti masyarakay Melayu terima saya dengan baik. Selepas jadi ADUN Bebas beberapa program yang dianjurkan dapat sambutan. Yang marah dengan saya ahli-ahli PAS sahaja.

PKR Tanjung Malim bagi saya boleh dianggap dah hancur.

Masyarakat Cina yang selama ini menjadi ahli PKR di Tanjung Malim sering tanya saya bila nak buat pengisytiharaan beramai-ramai keluar PKR.

Kepimpinan PKR Tanjung Malim bersama saya. Sekarang memangku Ketua Bahagian adalah orang Teluk Intan yang tidak diterima oleh ahli PKR sendiri.

Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, BN mampu untuk menang di Behrang.

Selain daripada isu yang berlaku, saya dah dengar lama di Behrang, mereka menyesal undi pembangkang kerana niat asal mereka hanya untuk mengajar BN tapi rupa-rupanya Perak jatuh ke tangan pembangkang.

Kesedaran khususnya di kalangan orang Melayu dah ada. Mereka sudah mula kembali kepada UMNO.

Hari ini yang rugi bukan sahaja UMNO di Perak tapi orang Melayu keseluruhanya.

Setelah melihat apa yang berlaku di Perak saya beritahu kawan-kawan, kita janganlah kerana marahkan nyamuk, kelabu dibakar.

Jangan kita bakar kelambu itu tapi lebih baik kita halau nyamuk-nyamuk itu.

Cuma orang UMNO jangan sekat jika ramai yang nak kembali kepada parti itu.

Rakyat sebenarnya bukan suka dengan pakatan pembangkang tetapi kerana marah dengan UMNO dan tiada pilihan, mereka beri sokongan kepada pembangkang itu saja”, katanya mengakhiri temubual.

Ahad, 5 Julai 2009

Pemecah umat ISLAM

Nik Aziz (baca Nik Najiz) terus menerus mahu menuduh yang bukan-bukan. Tidak cukup dengan tuduhan sesat, komunis dan Ayah Pin, ketika mengumumkan calon PAS di Manek Urai, pada 26 Jun 2009, Nik Aziz menyatakan bahawa "kita perjuangkan Islam tetapi UMNO yang menentang kita sehingga keadaan menjadi kucar lanar (kucar-kacir)". Kenyataan siapa yang sering menyebabkan orang Islam kucar kacir di Malaysia ini?yg buat masjid kat negara ni,negeri dia bukan UMNO ke?apa sumbangan Nik Aziz ni untuk Islam kat negara ni,kat negeri dia?tiada...
Dia tak layak untuk cakap pasal Islam,cakap orang tak bela Islam.Kalau setakat pakai serban,lepas tu pompang-pompang cakap pasal Islam,kutip org gila tepi jalan pun boleh,pakaikan serban je kat orang gila tu.Dia ni mcm syaitan bertopeng dengan serban je layaknya.

Pada 25 Jun 2009, Nik Aziz menyatakan bahawa "boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,". Nik Aziz menganggap kenyataan seperti itu hanya kiasan semata-mata. Padanya, kalau dia berkata kesat dan mencarut sekalipun segala-galanya adalah tidak berdosa baginya. Sikap Nik Aziz ini mengeruhkan lagi keadaan. serta mengundang perpecahan umat Tidak pernah pun Nik Aziz meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia atas kenyataan-kenyataannya. Sebagai umat Islam, kita harus taat pada Allah SWT dan Rasullullah SAW, bukan taat dan terlalu taksub pada pemimpin politik seperti Nik Aziz.

Khamis, 25 Jun 2009

ANU-war


Tolong jangan beremosi, saya tahu, seluruh negara sedang menghadapi saat yang sukar ditambahi pula dengan isu yang terbaru ini. Tetapi kenyataan itu adalah selalunya ubat yang paling pahit untuk ditelan…


lok7
Jul 1st, 2008 at 2:58 pm

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Saya ialah salah seorang dari ahli keluarga Saiful, bapa saudaranya sebelah emak.

Sebagai permulaan, saya bersumpah dengan nama ALLAH, bahawasanya, Saiful dengan penuh kerelaan dan kesedaran serta dalam waras telah pergi ke HKL secara bersendiri ditemani oleh seorang pakciknya.

Tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana2 pihak. Nak percaya boleh tak nak pun takper.

Kami sudah beritahu padanya what are the consequences and implication if he proceed to file this case.

Least i can say is he told us " I've got nothing to gain but alot to lose uncle, but in the name of ALLAH, I do this for the sake of this country, keluar dan beritahu kepada orang ramai apa yang telah berlaku. I sacrifice myself in this course."

Actually, Saiful mengaku dia hampir-hampir hendak membunuh dirinya sendiri sebab tak sanggup untuk meneruskan hidup dalam penipuan, yang mana dia tahu secara jelas dan nyata perangai busok Anwar yang sebenar adalah benar belaka sebagaimana ditohmah. Feel betrayed, malu yang amat sangat, marah, sedih bercampur baur.

Keadaannya seperti ditelan mati emak diluah mati bapak. Namun, demi kerana Allah dan negara tercinta, dia kata dia sanggup berkorban walaupun aibnya juga akan jadik tontonan dan paparan manusia. Walaupun kehilangan habuan dunia. Baginya, dia sudah menjalankan tugasnya sebagai hamba allah, dia tidak berhutang apa-apa penjelasan dengan manusia ramai.

Andaikata kalau tewas dimahkamah dunia,kami yakin dengan keyakinan haqqul hakiki bahawa di yaumil kiamah nanti kita akan dapat pengadilan dari yang maha Adil.!!

Tuan2, just imagine macamana punya hancur berkecai hati saya bila Saiful buat pengakuan ini!!! Ya Allah, tolong kejutkan aku dari mimpi ini!! Seriously, begitulah perasaan saya pada waktu itu. Mana taknya, saya selalu minta saiful jaga keselamatan dsai.

Give him some extra precautions. Musuh sedang menunggu silap shj. To me DSAI is like a shining star that is going to be the greatest statesman of this nation..!



Dialah yang akan menyatukan semua bangsa dalam ertikata yang sebenarnya…dan berbagai macam lagi perasaan dan harapan terhadap dsai. Tiba-tiba anak sedara yang kita dok bangga2kan nie, yang bekerja rapat dengan this towering figure nie,tengah buat nation building orang kata….dari mulut anak sedara kita sendiri menyatakan apa yang selama ini saya sangkal dan bangkang habis-habisan! !!…telah berlaku dan dilakukan kes naya nie terhadap anak sedara kita sendiri!!!!

Bagaimana untuk saya respons????

Disatu pihak anak muda yang saya kenal sedari lahir hingga dewasa. Yang kita tahu buruk dan baiknya. Apa makanan kegemarannya, sapa kawan2nya…yang biasa kita kendong dan dodoikan tatkala dari bayi lagi..!

Disatu pihak lagi satu tokoh pemimpin yang kita kagumi dan sentiasa mengikuti setiap perkembangannya, tulisan2nya, idea2nya, ceramah2 dan keberaniannya dalam menegakkan Hak rakyat dan orang2 yang tertindas?!! If you guys is in my place who would you choose??! And what is to believe???

Logically, living by today standards, Saiful orang paling bodoh sekali..! Anwar dah hampir2 menduduki kerusi PM…Saiful ialah setiausaha sulitnya. Bagi orang yang tahu bagaimana berpengaruhnya kalau jadik SS ni kepada tokoh sebesar cam Anwar nie….gila ke hapa nak gi report kes salah laku boss kau…?!

Kau buang satu peluang keemasan yang saya rasa ramai yang "mendendami" kedudukan itu. Kuasa, pengaruh, gelaran dan berbagai macam kemudahan terhampar didepan mata kau, engkau nak buang gitu ajer…hanya kerana nak buat tohmahan dan dakwaan palsu terhadap boss kau ni??!Where's the logic behind this!!!??

Unless, perkara yang berlaku adalah benar-benar berlaku. Secara jujur saya percaya Saiful berani kerana dia benar….and we as family just advised him to go to HKL seek for forensic service and of course, in order to get that service, it is a must to make a polis report.

Kami minta penyiasatan ini dilakukan secara sulit supaya pihak2 yang terlibat (Saiful dan DSAI) tidak diasak oleh public dan media.

Tapi ntah macamana, cerita dah bocor…kawan saya kata diorang dapat sms lebih kurang jam 8 malam….Kami dah cemas campur geram, sebab takut kalau2 berlaku kejadian2 yang tidak diingini. Kami meminta pihak polis menjaga keselamatan Saiful agar dia tidak diapa-apakan.

Iyalah, anything can happen in this time and moment.

Sedikit fakta diri dan keluarga saya. Semenjak sekolah menengah lagi, dr persatuan pelajar islam sampailah waktu bujang2, ikut perkembangan anwar dengan penuh semangat! Anwar masuk umno, aku masuk umno, anwar kena penjara, aku keluar umno.

Even, mak saya di johor tu, yang hardcore umno tupun, bole goyang pendiriannya terhadap umno kalau berdebat dengan saya dan adik-beradik saya, yang rata2 sokong pembangkang… Anwarpun ingat siapa arwah mak Saiful bekas pelajar yayasan anda…Saiful bercerita dengan rasa bangga bila dia kata dsai boleh ingat siapa arwah emaknya bila dia mention tentangnya depan anwar.

DSAI, tuan tahu, kita boleh berbohong seluruh alam tapi makhluk yang satu itu tidak boleh dibohongi iaitu diri kita sendiri.Kebenaran dari Allah itu pasti datang menjengah kita.

Hati saya sudah hancur berkecai, ditambahkan lagi, anak saudara sedarah sedaging…anak yang aruah emaknya amanahkan pada kami untuk menjaganya bila beliau "pergi", terlibat secara langsung dalam terbongkarnya kes ini. Kami tidak beroleh apa2 keuntungan pun akibat isu ini. Tapi demi kerana membela penganiayaan yg berlaku kepada saudara kami, keputusan yang amat pahit dan berat terpaksa kami putuskan.

SEMOGA ALLAH MENYEBELAHI ORANG YANG BENAR DAN BEROLEH KEMENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Wassalam.


Baca artikel asal di pethazlee.multiply. com

Sumber : AnwarIbrahimDotCom

Isnin, 15 Jun 2009

Bila Dah Gila Kuasa

Inilah org gila kuasa yang aku maksudkan

Hari pertama dia di Parlimen dia sudah di halau keluar dan digantung dari Parlimen,dengan beberapa orang lagi rakan2nya.Semua orang mesti dah tau sebab dia,malas aku nak tulis lagi.

Mereka ni semua memang suka membuat provokasi,suka menimbulkan kekecohan.Lepas tu bila di ambil tindakan salahkan orang lain.Muka nizar tu dah macam anjing aku tgk,anjing DAP.

Hapuskan sahaja karier politik mereka2 ni..kecoh tak habis2.Yang paling utama,dia ni punya bos dulu,Anwar,perlu dihapuskan karier politiknya.!


Khamis, 11 Jun 2009

Tujuh Wasiat Untuk Rakyat Asal Raja-Raja Melayu

Di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam, November 22hb, 2008, Yg. Arif Dato’ Mohd Noor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia telah membacakan“Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin Melayu”

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama – Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua – Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga – Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkanREJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat – Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima – Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam – Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh – Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).